缅甸腾龙国际

  • Malaysia

    Deakin University adalah destinasi bertaraf dunia untuk pelajar-pelajar dari Malaysia. Dengan ijazah-ijazah sarjana muda dan sarjananya yang cemerlang, Deakin akan menyediakan anda untuk kerjaya yang cemerlang dalam apa jua bidang kursus yang anda pilih.

    Kenapa pilih Deakin University?

    Sebagai sebuah university yang memenangi pelbagai anugerah serta diiktiraf di peringkat antarabangsa, kami menawarkan pembelajaran yang cemerlang kepada pelajar-pelajar antarabangsa.

    Kami berdekat untuk memberi permulaan yang terbaik dalam pemilihan kerjaya kepada pelajar-pelajar antarabangsa kami, dan jika anda membuat keputusan untuk belajar dengan kami, anda akan diberi kesempatan untuk menikmati:

    • Kemudahan-kemudahan yang luar biasa
    • Pengajaran yang memenangi pelbagai anugerah
    • Program-program pembelajaran yang terkemuka di dunia
    • Initiatif-initiatif tempat kerja dan penempatan industry

    Rangkaian perhubungan di seluruh dunia yang merangkumi alumni-alumni, kakitangan-kakitangan serta rakan-rakan kongsi penyelidikan Deakin

    Anugerah dan Pengiktirafan

    Deakin telah memenangi pelbagai anugerah pendidikan serta mencapai  kedudukan tinggi yang kosisten dari ramai organisasi-organisasi penyelidikan yang berdikari seperti:

    Universiti Terunggul Sedunia
    Kedudukan Tertinggi 1% Universiti di Seluruh Dunia.*

    Menawarkan Kursus-kursus Undian Tertinggi
    Kedudukan Tertinggi 1% Universiti di seluruh dunia dalam Pendidikan dan Latihan, Politik, Perakaunan dan Kewangan, Psikologi, Sosiologi and Perundangan.**

    Kedudukan Premium
    Kedudukan 5 Bintang untuk kemudahan di kampus bertaraf dunia, pengajaran and penyelidikan.***

    *ShanghaiRankings World University Rankings
    **QS Rankings by Subject
    ***QS Stars University Rankings

    Biasiswa-biasiswa untuk Pelajar-pelajar Antarabangsa

    Kami menawarkan pelbagai peluang biasiswa kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang berbakat khas serta ingin menyumbang kepada universiti dan masyarakat.

    Biasiswa-biasiswa yang ditawarkan akan menyumbang kepada yuran pembelajaran, kos sara hidup serta item-item yang lain seperti buku-buku dan bahan-bahan pembelajaran.

    Ketahui Lanjut Mengenai Biasiswa

    Biasiswa STEM Deakin

    Biasiswa Deakin - Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) adalah biasiswa berjumlah 20% kepada pelajar-pelajar Malaysia yang memohan kemasukan dalam kursus sarjana muda dan sarjana kerja kursus dalam bidang arkitek dan seni bina, kejuruteraan, informasi teknologi, sains atau persekitaran.

    Ketahui lanjut mengenai Biasiswa STEM Deakin

    Ambil Kesempatan dari Pelbagai Program Kami

    Anda mungkin perlu meluangkan masa untuk memperbaiki markah academik atau Bahasa Inggeris anda sebelum memulakan kursus di Deakin.

    Anda boleh berbuat demikian di Deakin College atau di Deakin University English Language Institute (DUELI) – yang bertempat di kampus di Australia dimana anda akan mengenali kampus anda terdahulu, rakan-rakan pelajar anda serta kakitangan-kakitangan Deakin sebelum anda memulakan ijazah anda.

    Ketahui Lanjut Mengenai Pelbagai Laluan ke Deakin

    Luangkan Masa untuk Belajar di Deakin

    Tamatkan sebahagian dari ijazah sarjana muda, sarjana atau penyelidikan anda dengan program Belajar di Luar Negara Deakin, dan dapatkan mata kredit daripada ijazah anda dari negara asal anda.

    Pilihlah untuk belajar satu hingga dua trimester atau tamatkan satu tahun akademik sebagai seorang pelajar pertukaran.

    Ketahui Lanjut Mengenai Program Belajar di Luar Negara

    Dapatkan Ijazah anda dari Deakin

    Kami menawarkan ijazah sarjana muda, sarjana and penyelidikan kepada pelajar-pelajar antarabangsa. Apabila anda lulus dan tamat pengajian, anda akan mempunyai hubungan dengan alumni-alumni Deakin yang lain di Malaysia serta di serata dunia.

    Anda berkemungkinan akan tinggal di Australia sama ada menyambung pembelajaran anda atau mendapat pengalaman bekerja di dalam bidang tertentu.

    Cerita pengalaman Ivan

    'Saya dapat berkenalan dengan kawan-kawan dari beberapa negara asing melalui kelab-kelab yang saya sertai, dengan menyertai Malaysian Society of Deakin University (MSDU) saya juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan dari negara saya sendiri'

    bacalah cerita ivan

    Ketahui Lanjut Mengenai Kursus-kursus yang ditawarkan

    Kami menawarkan kursus-kursus dan mata pelajaran dari pelbagai disiplin. Kursus-kursus popular yang digemari pelajar-pelajar Malaysia adalah termasuk bidang perdagangan, kewangan dan seni kreatif.

    CARIKAN KURSUS

    Anda boleh bekerja sambilan semasa belajar

    Anda boleh bekerja sehingga 40 jam dalam jankawaktu 2 minggu semasa belajar di Australia dengan visa pelajar. Jika anda tidak belajar semasa Trimester 3 (waktu trimester tidak wajib) anda boleh bekerja tanpa waktu terhad.

    Di Deakin, kami menawarkan perkhimatan UniHub yang akan membantu anda mencari peluang pekerjaan sambilan.

    Ketahui Lanjut Mengenai Kerja di Australia

    Ketahui Lanjut Mengenai Komuniti di Deakin

    Di Deakin, kami mempunyai komuniti pelajar dari Malaysia yang besar. Di pusat komuniti ini terdapat Malaysian Society of Deakin University.

    Tujuan mereka adalah menyatukan semua pelajar-pelajar Malaysia, di samping memperkenalkan budaya Malaysia kepada semua pelajar.

    Ketahui Lanjut Mengenai sokongan-sokongan kepada Pelajar-pelajar Antarabangsa

    Jadikan tempat ini sebagai ‘Rumah’

    Dengan suasana komuniti pelajar yang meriah dengan pelbagai gerai and perkhimatan di dalam kampus, Deakin akan dirasai sebagai ‘Rumah’ dalam masa yang singkat.

    Kami mempunyai penginapan pelajar di setiap kampus dan terdapat perkhimatan yang mampu menolong anda menyesuaikan diri dengan penginapan di luar kampus.

    Ketahui Lanjut Mengenai Penginapan

    Belajar di Australia – Anda akan menyukainya

    Memohon Visa Pelajar secara Online

    Sebagai seornag pelajar dari Malaysia, anda berpeluang untuk belajar and tinggal di Australia dengan visa pelajar. Apabila visa pelajar diperolehi, ia adalah sah untuk sepanjang pengajian anda (selagi anda memenuhi kesemua syarat-syarat visa).

    Anda boleh memohon visa pelajar secara online atau dengan bantuan perkhimatan daripada salah satu wakil kami di negara anda.

    Ketahui Lanjut Megenai Visa

    Cuaca

    Australia terkenal dengan tepi pantainya yang cerah, tetapi ia juga mempunyai hutan hujan yang tebal serta banjaran gunung-ganang yang diliputi salji di musim sejuk.

    Keadaan cuaca kami berubah-ubah – anda memerlukan pakaian tipis semasa musim panas dan kot yang tebal di musim sejuk (jangan lupakan pakaian ke tepi pantai).

    Hubungi Kami

    Bertemu dengan Deakin di Malaysia

    Bertempat di Kuala Lumpur, Sharleen Tam merupakan wakil Deakin setempat anda. Sharleen boleh membantu anda mengetahui lebih mendalam mengenai Deakin, merancang pengajian anda serta melengkapkah pengisian borang permohonan anda.

    Wakil Deakin University di Malaysia

    Sharleen Tam
    E-mel Sharleen Tam

    Pertanyaan Pelajar-pelajar Antarabangsa

    +61 3 9627 4877
    Hantarkan e-mel

    Belum Jumpa Apa yang Dicari-cari?

  • 一品彩票平台

    澳门新濠天地博彩官网

    360彩票网

    幸运的彩的网

    阳光在线官方

    中国体育竞彩网页

    亚博足彩app

    雅虎网首页

    银钻国际